Search This Blog

May 18, 2009

salam perkenalan...

Assalamualaikum...salam perkenalan kepada sesiapa yg telah memasuki blog saya ini secara sengaja ataupun tidak disengajakan. Ini adalah kali pertama saya cuba menceburkan kaki ke dalam dunia blog ini. Meskipun telah sekian lama dunia blog ini hadir di alam siber, namun hati saya tidak tergerak untuk mencubanya. Namun setelah mendapat dorongan dan sokongan dari suami tercinta, barulah saya cuba mendekati dunia ini. Walaupun begitu, pengisiannya tertangguh beberapa ketika kerana ketiadaan idea dan kesibukan melaksanakan tugas2 seharian. Tidak dinafikan juga kerana "kemalasan dan kehilangan mood".
Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat untuk memenuhkan blog saya ini. Dan insyaallah juga selepas ini saya akan cuba meng'update' blog dari masa ke masa jika diizinkan Allah. Saya juga mengharapkan kawan-kawan dan bakal kawan2 untuk memeriahkan lagi blog ini. Sekiranya ada sebarang komen,kritikan yang membina dan apa2 sahaja yang berkaitan, silalah kemukakan kepada saya. Insyaallah akan saya pertimbangkan cadangan anda itu. Amin....

1 comment:

  1. Salam Wa...

    cumel dan simple...moga alam blogger mendekatkan hubungan persahabatan kita dari jauh..di samping bertukar idea dan mencari ilmu, moga kita juga dapat sama2 berkongsi pengalaman mendidik anak dan mengurus rumahtangga..nanti post gambau dapurumi yer..hehe

    ReplyDelete

a happy family....

a happy family....