Search This Blog

Showing posts with label didikan bimbingan. Show all posts
Showing posts with label didikan bimbingan. Show all posts

March 03, 2010

petua barang/orang hilang.

Saya telah mendapat satu email yang memberikan pelbagai tips dan panduan dari Ustaz Kazim Alias. Diharapkan panduan yang diberikan oleh ustaz ini dapat memberikan pelbagai faedah kepada kita. Sesungguhnya semua ini datangnya dari Allah..

petua jika org hilang di dlm air


ambil anak batu 7 bj,baca:
batu 1 -baca al-fatihah 14 x
batu 2-baca qursi 7x
batu 3-baca qulhuwallah 7x
batu 4-baca qul au'zubirabbilfalaq 7x
batu 5-baca qul au'zubirabbinnas 7x
batu 6-doa srh al-aqraf ayt 13,baca 7x
batu 7-doa nabi yunus-laa ilahailla anta subhanakainni kuntuminazzalimin

lempar batu2 tersebut di tmpt org hilang seperti sungai,kolam,laut dsb satu persatu smbil membaca "bismillahi yaallah allahu akbar
".

jika brg/orang hilang di tempat selain dari air:

sembahyang hajat 2 rakaat,duduk mengadap kiblat,baca spt di atas,tidak perlu guna batu.

doa masuk hutan/tmpt yg jarang org kunjungi-allahumma au'zubikalimatillahi attammah minkulli syaitanin wahammah waminkkulli ainilammah.

February 08, 2010

HADAPI KERENAH ANAK DEGIL

Degil adalah tanda si kecil sudah membina identitinya sendiri, selain berasa dirinya sudah berada dalam zon selamat.

SIKAP si kecil yang degil bukan bermakna dia memberontak dan tidak memerlukan perhatian ibu bapanya.
ANAK anda enggan makan bersama apabila diajak? Kalau diminta mengemas barang permainannya, dia hanya berdiam diri atau cuba mengelak. Mungkin juga si kecil itu sengaja membuat bising apabila si adik sedang tidur atau akan lari ketika disuruh mandi.

Anda yang mempunyai anak kecil mungkin sudah biasa menghadapi situasi seperti ini. Siapa sangka dalam usia sementah itu, si comel ini sudah mula mengaplikasi soal pendirian dan kemahuannya. Percaya atau tidak, anak yang berusia tiga tahun ke atas berasa kurang bergantung pada anda. Itu adalah tanda bahawa dia sudah membina identitinya sendiri selain berasa dirinya sudah dalam zon selamat. Namun, itu bukan bermakna dia menjadi pemberontak. Berdegil adalah cara bagi anak kecil itu menunjukkan ketegasannya. Jadi, apabila dia menolak untuk bekerjasama dengan anda, dia sebenarnya cuba memberitahu, 'saya tidak sukakan peraturan mama'. Maka, apakah yang perlu anda lakukan?

Menurut jurnal Adolescent Child Specialty Services yang ditulis oleh Rebecca S. Blakeman, setiap kanak-kanak akan menunjukkan kemerdekaan diri melalui cara yang tidak sepatutnya dari semasa ke semasa. Meskipun begitu, adalah sangat penting bagi ibu bapa itu memahami situasi anak tersebut. Ibu bapa tidak harus berleter apabila tidak berasa senang dengan kelakuan anak-anak. Ia sebaliknya akan membuatkan sikap anak menjadi lebih buruk.

Beri pilihan

Jurnal Rebecca itu meminta ibu bapa cuba memahami kehendak anak mereka. Dalam situasi anda memintanya makan namun dia menjerit tidak mahu, usah dipaksa lagi. Paksaan hanya akan membuatkan dia menangis atau menunjukkan kemarahan.

Maka, cuba letakkan diri anda di tempatnya. Jika anak sibuk bermain, hampiri dia dan dakap si kecil itu sambil memberitahunya mengapa perlu makan. Itu adalah langkah pujukan psikologi. Tanpa disedari, anda sebenarnya menunjukkan bahasa tubuh dan ucapan yang membuatkan dia sedar dirinya diambil berat. Tanpa perlu memarahinya, tunjukkan betapa anda hendak ambil tahu mengapa dia tidak mahu makan.

Walau apapun yang dilakukannya, pastikan anak anda tahu bahawa semua perkara ada hadnya. Pendirian mereka mudah dilentur apabila anda menyatakan bahawa anda menyayanginya dan setiap yang disuruh itu adalah untuk kebaikannya. Memberi pilihan adalah cara terbaik untuk si anak mematuhi sesuatu peraturan. Jika dia ada masalah mengikuti sesuatu permintaan atau suruhan, fikirkan alternatif untuk mencari penyelesaiannya.

Contohnya, jika anak kecil sering 'meragam' gara-gara tidak mahu tidur dalam gelap, berikannya lampu suluh atau pasangkan lampu yang bercahaya suram. Di situ, aspek tolak ansur sudah terbina antara ibu bapa dengan si anak tersebut.

ANAK yang sudah pandai berdegil apabila disuruh makan memerlukan pendekatan psikologi yang lembut.

Orang dewasa perlu sentiasa menunjukkan sikap yang baik. Selain memberi perhatian ketika dia menunjukkan kenakalan atau kedegilan, anak kecil perlu sentiasa didekati dan dilayani semasa dia sedang dalam keadaan 'angin baik' atau mengikut kata. Beritahu anak-anak tentang apa yang betul atau tidak betul. Selalunya apabila si anak membuat kesalahan, dia pasti akan rasa bersalah. Oleh itu, jangan cepat marah. Sebaliknya, cakaplah secara baik dan terangkan kepadanya mengapa anda tidak mahu kesalahan itu diulanginya.

February 01, 2010

selamat tahun baru...

Salam...dah lama x update blog..malas betul rasanya nak menggerakkan tangan menulis sesuatu.Tahun baru pun dah sebulan berlalu. Namun azamku masih lagi yang sama,tidak berubah. Ingin memperbanyakkan amalan dan melaksanakan tugas sehabis baik dan sehabis sempurna. Insyaallah,moga diizinkan Allah...
Sepanjang tahun lalu,banyak perkara baik dan buruk yang berlaku. Banyak 'kenangan terindah" dan yang pahit berlaku,sampai tak teringat dah. Yang pastinya yang terindah semestinya kelahiran anak ke3ku..tak dapat dilupakan saat2 mengetahui kewujudannya dan saat2 kelahirannya. Walaupun detik awal pelbagai rasa berkecamuk di dalam dada,namun kasih sayang tetap termeterai kukuh untuknya..Semoga kewujudannya di muka bumi ini memberikan kemanfaatan kepada kami sekeluarga dan alam ini seadanya...amin...
Tahun lalu juga aku menerima hadiah yang amat berharga pada diriku sempena hari jadiku dari suami dan juga anak2. Walaupun hanya sekeping kad ucapan yang diberi oleh anak sulung yg baru pandai menulis,tetapi itulah tanda kasih sayangnya dan tanda ilmu yang diperolehinya telah dimanfaatkan.
Tahun ini walaupun baru sebulan berlalu, namun diharapkan akan memberikan "nur kasih" kepada kami. Semoga kasih sayang kami sekeluarga akan menjadi lebih erat. Tahun ini menyaksikan anak ke2ku melangkah kaki ke dunia ilmu. Walaupun pada mulanya pelbagai ragam terpaksa ditempuhi untuk membiasakan dirinya,akhirnya alhamdulillah segala penat lelah itu tidak lagi terasa. Semoga keselesaan ini tidak akan berakhir dan semoga tugasku sebagai ibu tidak lagi terasa berat.amin...

May 22, 2009

Panduan Hukum Anak
Panduan Keibubapaan dan didikan - Umum
Written by Ana Nasir
Wednesday, 08 April 2009 16:56
Memberi hukuman kepada anak apabila mereka melakukan kesalahan, memang perkara biasa. Masa kanak-kanak adalah masa paling penting dalam proses kehidupan manusia .Tempoh ini adalah tahap awal pertumbuhan seorang anak untuk menjadi manusia dewasa sama ada dia akan menjadi manusia berguna atau sebaliknya. Pelbagai cara dalam proses mendidik antaranya memberi nasihat, arahan, petunjuk, kelembutan, toleransi, penghargaan ataupun teladan. Tetapi jika tidak berjaya dilakukan,cara memberi hukuman boleh diterapkan. Menghukum anak bukan dengan memukulnya sahaja, tetapi hukuman boleh dijalankan dengan pelbagai cara. Adakalanya memberi hukuman dengan cara memukul tidak berkesan malah menimbulkan impak negatif.

Terdapat beberapa cara memberi hukuman sebagai pendidikan kepada anak yang boleh dijadikan panduan buat ibu bapa.

1. Pandangan mata yang sinis

-Pandangan mata ibu bapa yang memancarkan rasa cinta dan kasih sayang dapat menanam rasa cinta dalam diri anak. Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan membuatkan anak terdiam.

2. Keluarkan suara daripada tenggorok ( mendengus ) sebagai tanda tidak bersetuju dan peringatan untuk anak mengenai apa yang dilakukannya.

3. Puji orang lain di hadapan anak dengan memberikan rasa sangsi kepada si anak dan mendorongnya untuk menjadi sebagus yang dipuji.

4. Tunjukkan seolah-olah tidak peduli pada anak. Ini tindakan berlawanan daripada sikap memberi perhatian yang dapat menanam rasa cinta pada diri anak. Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman, apabila si anak mengajak berbicara, palingkan wajah sehingga si anak menyedari kesilapannya.

5. Haruslah dijelaskan kesalahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya berterusan kerana ibu bapa berperanan sebagai pendidik.

6. Tidak memberi ganjaran wang, tidak mengajaknya melakukan aktiviti rekreasi atau tidak memberikan sesuatu yang digemarinya.

7. Memulas telinga. Sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah SAW.

8. Memukul.

-Merupakan alternatif terakhir. Ia tidak harus dilakukan kecuali semata-mata untuk mendidik dan menghukum. Memukul anak dapat dilakukan jika cara yang lain tidak berfungsi dan si anak sudah mencapai umur kerana anak yang belum mumaiyiz tidak dapat membezakan yang benar dan yang salah. Bahkan ank-anak tidak menyedari kesalahannya dan merasakan apa yang dilakukan adalah betul.

Beberapa panduan untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak :

· Rasa selamat. Sayangi anak sepenuh hati akan memberi perasaan selamat pada anak dan membina emosi anak yang kental. Jika anak menunjukkan sikap tidak hormat, tegur dan beri penjelasan.

· Rasa dihargai. Sentiasa menghormati pandangan dan pendapat anak yang sedang membesar kerana mereka juga mempunyai perasaan serta keinginan untuk dihargai sebagai individu. Oleh itu, babitkan dirinya dalam perbualan seharian keluarga seawal usia satu tahun.

· Rasa penting. Kadang-kala ibu bapa ingin memberi sepenuh kasih saying menyebabkan anak dikongkong. Oleh itu, beri mereka peluang untuk memegang tanggungjawab. Latih anak melakukan beberapa tugas kecil dalam keluarga mereka supaya berasa dirinya penting.

· Jadikan waktu membesar menceriakan. Keluarga bahagia adalah keluarga yang ceria. Rumah tempat memupuk keceriaan, suasana riang dan membina kenangan manis.

· Hadiahkan mereka nilai murni. Menjadi lumrah kanak-kanak meminta sebarang benda yang mereka lihat di televisyen atau milik kawannya.

Oleh itu, latih anak menghargai setiap pemberian daripada rakan dan sanak-saudara. Ini akan menyemai nilai bertimbang rasa, kesyukuran, persahabatan dan hormat-menghormati pada jiwa anak.

References : Harian Metro- Famili- Rabu,18 Jun


a happy family....

a happy family....