Search This Blog

Showing posts with label kesihatan anak2. Show all posts
Showing posts with label kesihatan anak2. Show all posts

December 08, 2009

kerenah anak2..

Kenapa lah akhir2 ini anak2ku mula menunjukkan sikap kemalasannya untuk bersekolah?Yang sulung juga seakan-akan bosan ke sekolah,manakala yg kedua pula sudah mula buat perangai dan memberikan pelbagai alasan apabila tiba masa untuk ke kelas iqra'. Aku juga kadangkala hilang sabar dengan perangainya.

Yang sulung walaupun ketara kemalasannya itu,namun apabila dipujuk dan diingatkan kembali acara konvonya ataupun lebih dikenali dgn nama 'concert',dia akan segera bersemangat kembali.Mungkin juga kerana dia mengambil bahagian dalam concertnya itu dan mungkin juga dia teringat tentang baju kebayanya yg aku beli dan masih belum dipakainya itu. Baju itu dibeli khusus utk acaranya itu. Anak ini sudah menampakkan serba sedikit sifat kematangannya itu..

Yang kedua ini cukup payah dipujuk dan dimarahi. Dia lebih lembut hatinya tetapi 'tidak makan saman'. Selagi dia tidak dapat apa yang dihajatinya selagi itulah dia akan membuat perangai. Mungkin juga kerana dia masih kecil dan belum lagi mengerti apa-apa.

Yang ketiga juga mula menunjukkan sikapnya yang suka merajuk dan 'bebal'nya. Dia akan menjatuhkan dirinya dan menjerit jika sesiapa mengambil barang di tangannya. Risau betul dibuatnya dengan kerenah anak-anak. Ketiga-tiganya mempunyai perangai dan sikap yang tersendiri. Jadi terpulang kepada kita sebagai ibu dan bapa untuk mencorak dan melentur sikap mereka sepertimana yang kita ingini...

Ya Allah,bantulah aku untuk mendidik dan membimbing anak-anakku menuju jalan yang diredhai Mu...amin...

October 31, 2009

adakah susu uht bagus untuk kanak2?

Baru2 ini anak keduaku terjaga dari tidurnya lebih kurang jam 1 pagi.Terus dikatanya mahu muntah dan belum sempat aku dan abahnya tersedar dari tidur,dia sudahpun memuntahkan segala isi perutnya. Habis cadar dan bantalnya terkena muntahannya. Kakaknya yg tidur bersebelahan dengannya turut terkena percikan muntahannya. Abahnya yg masih lagi 'mamai' segera mencempungnya ke bilik air. Aku yg sedang menyusukan adiknya turut merasa bimbang mendengar dia muntah tidak berhenti-henti. Fikiranku segera memutar kembali tentang apa yang dimakannya siang tadi. Aku teringat yang dia hanya mengambil nasi dalam jumlah yang sangat sedikit tetapi meminta untuk meminum susu UHT Low Fat. Hampir habis sekotak susu itu diminumnya. Tidak cukup dengan meminumnya di dalam cawan,dimintanya pula supaya aku mengisikan susu itu di dalam botol susunya. Dan aku sedar yang dia juga meminta untuk meminum susu itu sebelum dia tidur tadi. Susu formula yg disediakan tidak diminumnya langsung hari ini. Mungkinkan susu UHT itu menjadi penyebab kepada keadaan perutnya yang tidak selesa itu?

Siangnya kami membawa dia ke pakar kanak-kanak kerana bimbang keadaanya akan berterusan begitu. Tambahan pula dia tidak mahu mengambil makanan langsung. Doktor Elangkovan dari Pakar Kanak2 Amanjaya menyatakan bahawa kemungkinan perutnya tidak dapat menerima susu tersebut apabila diambil dalam jumlah yang berlebihan. Jika diminum dalam kadar yang sederhana tidaklah mendatangkan masalah kerana kandungan protein di dalam susu tersebut sangat tinggi walaupun kandungan lemaknya tidak ada. Aku ada bertanyakan samada kanak2 boleh meminum susu UHT tersebut ataupun boleh meminum susu yang ada kandungan lemaknya. Jawapan doktor mengatakan bahawa kanak2 boleh meminumnya tetapi dalam jumlah yang sederhana sahaja.

Semoga kesihatan anakku akan bertambah baik dan semoga dia dilindungi Allah dari segala serangan penyakit merbahaya...

May 19, 2009

Selesema pada bayi...


Sudah beberapa hari si kecil Amni Humaira selesema, disusuli pula dengan batuk. Sudah berbotol-botol ubat saya bagi, tapi tak baik-baik jugak. Petua org lama pun dah saya ikut,tapi belum nampak hasilnya lagi. Selalunya saya sapu minyak pada ubun-ubunnya. Sebenarnya baru 2 minggu lepas dia baik dari selesema ni,tp dah berjangkit dari kakak2nya pulak. Saya teringat kata-kata seorang doktor. Katanya dia pun hairan kenapa bayi mudah terkena selesema,padahal bayi tersebut menyusu terus dari ibunya.Sepatutnya antibodi bayi itu sudah tentu akan jadi lebih kuat.Kalau difikirkan memang betul kata2 doktor itu.Apapun sebagai seorang ibu, apabila anak2 terkena sesuatu penyakit tidak kiralah w/pun yg ringan sahaja (yg berat apatah lagi), hati kita sudah risau.Betul tak?
Di sini ingin saya berkongsi beberapa petua tradisional dan juga moden yang pernah saya gunakan untuk anak-anak. Adakalanya menjadi dan adakalanya juga tidak. Yang penting kita boleh mencubanya terlebih dahulu.
@Ambil beberapa tangkai daun sirih, tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.
@Sapukan minyak pada ubun-ubun bayi ketika bayi hendak tidur. Anda juga boleh menggunakan kunyit hidup yang dipotong melintang untuk disapukan pada pangkal batang hidung bayi.
@Untuk batuk pula,bolehlah disapukan vicks yang khusus untuk bayi dan kanak-kanak pada tapak kaki, dada,belakang dan leher bayi selepas mandi dan sebelum tidur. Adalah lebih baik jika dipakaikan stokin selepas menyapu vicks tersebut.

Apapun diharap pengalaman saya ini dapat membantu rakan-rakan dan berkongsi pengalaman dengan saya. Sekiranya ada petua-petua lain bolehlah diketengahkan di sini.

a happy family....

a happy family....