Search This Blog

November 08, 2009

Nak kaya cepat?

Baru2 ini suami ada menunjukkan minat barunya, iaitu bermain forex (saham matawang). Pada mulanya aku sebagai isteri tidak menggalakkan dia,tapi bila mendengar penjelasannya aku terpaksa merelakannya walaupun terpaksa. Aku cuba mempertikaikan kehalalan forex itu,namun katanya dia telah menyelidiki dari segenap sudut. Begitu lah dia,kalau mahu melakukan sesuatu yang baru,dia pasti akan mengambil kira bab halal atau tidak.Balik dari kerja, aku akan terpaksa mendengar celotehnya tentang keuntungannya untuk hari itu. Walaupun aku 'kurang' berminat pada mulanya,tapi demi mengambil hatinya,maka aku tadahkan juga telingaku.Dalam hatiku,biarlah dia menceritakan keseronokannya. Setelah 3 hari dia bermain, dia menceritakan bahawa modalnya telah berjaya diraih kembali.

Alhamdulillah kataku.Namun aku masih cuba menasihatinya agar tidak terlalu ghairah dalam bidang ini kerana risikonya terlalu tinggi. Kita memang boleh meraih untung dalam beberapa saat sahaja,tetapi tidak mustahil juga kita akan menjadi muflis juga dalam beberapa saat.

Dan kata-kataku ini memang menjadi kenyataan. Setelah berjaya meraih modal kembali, suamiku menceritakan bahawa dia telah kehilangan semuanya,tetapi alhamdulillah,dia sempat mengeluarkan modal itu sebelum kesilapan tersebut terjadi. Kali ini dia masih ingin meneruskan perjuangannya kerana katanya dia ingin belajar dari kesilapan. Aku akan sentiasa memberi galakan kepadanya kerana ingin dia merealisasikan pelbagai impiannya kerana aku tahu bahawa segala impiannya itu adalah kerana dan untuk keluarga. Dan aku akan sentiasa berdoa untuk segala rezeki yang diperolehinya itu akan beroleh keberkatan. Semoga apa yang terjadi ini akan memberi pengajaran dan pedoman kepada kami berdua supaya lebih berhati2 dan bermusabah diri atas kesilapan lalu....amin...

November 05, 2009

Oyster Toasted Ladiesfinger's

Bhn2:-

bendi-dicelur
onion
garlic
ginger
belacan
Bwg besar
cili merah
oyster souce




Cara2:-

1. Celur sekejap bendi terlebih dahulu.

2. Tumbuk onion,garlic,gingern belacan...tumiskan bhn2 tumbuk,biar garing sedikit, masukkan oyster,cili,bwg besar,garam..

3. Blh angkat bila kuah sedikit pekat dan dituangkan di atas bendi tadi..

Musim percutian kembali tiba...

Alhamdulillah,anak sulungku telah selamat menduduki peperiksaan semester kedua peringkat kindergartennya. Mendengarkan peperiksaan hati ibu ini yang kelam-kabut. Berbuih mulut menyuruhnya membelek buku,namun feelnya benar2 membuat aku hilang sabar.Terfikir juga aku,terlalu mendesakkah kita sebagai ibubapa dalam menjadikan anak2 berjaya?Tetapi ini adalah tuntutan kehidupan yang serba maju sekarang ini. Hati kita takut benar anak2 akan ketinggalan dlm mengejar arus kemodenan ini.

Ketika berjumpa dengan puan pengetua Graceland Kindergarten awal bulan lalu,beliau ada mengatakan yang kali ini mereka tidak akan memaklumkan lebih awal tentang jadual peperiksaan. Alasannya tidak mahu ibubapa terlalu memaksa anak2 menelaah pelajaran. Terdetik di hatiku,para ibubapa yang sebenarnya terlalu berlumba-lumba mahukan anak2 pandai dan berjaya. Sedangkan anak2 yang masih kecil dan leka dengan dunia permainan dan kartunnya itu langsung masih belum menyedari keperluan pelajaran kepada mereka. Bagi mereka tidak ada salah dan kepentingannya jika mereka tidak mendapat nombor di dalam kelas mereka. Apalah sangat nombor itu jika dibandingkan dengan keseronokan pada malam/hari upacara penyampaian hadiah yang akan diadakan. Masing2 begitu teruja untuk membuat latihan persembahan.

sotong sumbat kerabu taugeh

Bhn2;

Sotong
onion
garlic
cili merah
tauge
daun bwg n sup
bunga kantan
santan/fresh milk
garam
kunyit


Cara2;

1. Tumbuk onion,garlic,cili,bunga kantan,garam...kmdn gaulkan dgn taugeh,daun bwg n sup...
2. Sumbatkan bhn2 td ke dalam sotong dan cucukkan lidi pada kepala sotong,cucukkan di dlam sotong tadi...
3. Kmdn salutkan dgn kunyit,then stimkan di dlm frypan,agak2 kering masukkan santan,biar sedikit pekat kuahnya,bru masukkan sedikit garam...
4. Bila masak,angkat dan hidangkan,lebihan kerabu tauge td bolehlah diletakkan juga di atas/bwhnya sebagai pengganti salad/hiasan...

November 04, 2009

AYAM REBUS PANCA RASA

Bahan2:
ayam separuh
onion
garlic
ginger
serai
daun limau purut
bunga kantan
kicap
cili giling
air asam jawa/jus limau
tomato/carrot/saderi
daun bawang n daun sup


cara2:

1. Tumbuk onion,garlic n ginger. Gaulkan bersama ayam, diikuti kicap,cili giling,jus limau..perap sekejap (if xmau pun xpa,x mnjadi kesalahan).

2. Rebus perapan itu,bila mendidih dan agak kering, masukkan bunga kantan yang dipotong2,daun limau purut dan serai...rebus hingga naik bau...

3. Masukkan carrot..agak2 empuk baru masukkan saderi,tomato,daun sup n daun bwg...perasakan dengan garam

4. Akhir sekali masukkan daun bawang n sup...sedia untk dihidangkan...

a happy family....

a happy family....