Search This Blog

October 31, 2009

adakah susu uht bagus untuk kanak2?

Baru2 ini anak keduaku terjaga dari tidurnya lebih kurang jam 1 pagi.Terus dikatanya mahu muntah dan belum sempat aku dan abahnya tersedar dari tidur,dia sudahpun memuntahkan segala isi perutnya. Habis cadar dan bantalnya terkena muntahannya. Kakaknya yg tidur bersebelahan dengannya turut terkena percikan muntahannya. Abahnya yg masih lagi 'mamai' segera mencempungnya ke bilik air. Aku yg sedang menyusukan adiknya turut merasa bimbang mendengar dia muntah tidak berhenti-henti. Fikiranku segera memutar kembali tentang apa yang dimakannya siang tadi. Aku teringat yang dia hanya mengambil nasi dalam jumlah yang sangat sedikit tetapi meminta untuk meminum susu UHT Low Fat. Hampir habis sekotak susu itu diminumnya. Tidak cukup dengan meminumnya di dalam cawan,dimintanya pula supaya aku mengisikan susu itu di dalam botol susunya. Dan aku sedar yang dia juga meminta untuk meminum susu itu sebelum dia tidur tadi. Susu formula yg disediakan tidak diminumnya langsung hari ini. Mungkinkan susu UHT itu menjadi penyebab kepada keadaan perutnya yang tidak selesa itu?

Siangnya kami membawa dia ke pakar kanak-kanak kerana bimbang keadaanya akan berterusan begitu. Tambahan pula dia tidak mahu mengambil makanan langsung. Doktor Elangkovan dari Pakar Kanak2 Amanjaya menyatakan bahawa kemungkinan perutnya tidak dapat menerima susu tersebut apabila diambil dalam jumlah yang berlebihan. Jika diminum dalam kadar yang sederhana tidaklah mendatangkan masalah kerana kandungan protein di dalam susu tersebut sangat tinggi walaupun kandungan lemaknya tidak ada. Aku ada bertanyakan samada kanak2 boleh meminum susu UHT tersebut ataupun boleh meminum susu yang ada kandungan lemaknya. Jawapan doktor mengatakan bahawa kanak2 boleh meminumnya tetapi dalam jumlah yang sederhana sahaja.

Semoga kesihatan anakku akan bertambah baik dan semoga dia dilindungi Allah dari segala serangan penyakit merbahaya...

a happy family....

a happy family....