Search This Blog

February 28, 2010

menangislah semahunya...

Ketika kanak-kanak,
menangis ku kerana haus dan lapar..
menangis ku kerana inginkan belaian hangat ibu di tubuhku,
menangis ku kerana inginkan barang permainan,
menangis ku kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu setiap masa.

Ketika usiaku menjangkau awal remaja,
menangis ku kerana rakan-rakanku,
menangis ku kerana gelojak rasa sayang terhadap kaum yang bertentangan dengan jantinaku,
menangis ku kerana aku gagal dalam bercinta,
menangis ku kerana aku gagal atau cemerlang dalam peperiksaan,
menangis ku juga kerana ada ketika aku berjaya menarik perhatian gadis dan jejaka,
menangis ku kerana kesepian tanpa rasa rindu dan cinta pada hamba ciptaanNya.

Ketika usiaku menginjak dewasa,
aku mungkin menangis kerana susahnya menempuh alam pekerjaan,menuntut seluruh kosentrasiku, memerah keringatku,
menangis aku kerana anak-anak ku,
menangis ku kerana isteri atau suamiku,
menangis aku kerana tidak punya kereta besar atau rumah yang sempurna,
menangis ku kerana tidak mampu memberi kesenangan harta benda kepada keluargaku.

Ketika usiaku berada di penghujung..
aku menangis kerana gagal memberi kesenangan kepada keluargaku,
menangis aku kerana kesihatanku yang sudah mula merosot,
menangis aku kerana anak-anakku pergi meninggalkan aku berkhidmad utk keluarganya,
menangis aku kerana jarum silih berganti menusuk kulitku,
menangis aku kerana aku bakal meninggalkan dunia,sedangkan aku masih belum MENANGIS KERANA AKU LALAI PADA PERINTAHNYA! !

February 24, 2010

anak ikan goreng pedas

Bahan2:

anak ikan (warna putih-xtau nama)
bwg merah
bwg putih
cili kering/cili melaka
daun kari

Cara2:

1.hiris 2 jenis bwg..biar bnyk.potong pendek2 cili kering..
2.goreng ikan yg dilumur kunyit sehingga garing..
3.angkat dan toskan minyak.
4.goreng garing bawang dan cili serta daun kari..angkt dan taburkan di atas ikan tadi..

February 23, 2010

ala-ala kangkung belashan..


Bahan2:
kangkung
3 bj onion
1 bj garlic
belacan (ikut sedap)
3 bj cili merah
sos ikan
lada hitam-tumbuk halus

Cara2:
1.celur kangkung
2.tumbuk onion,garlic,belacan,cili.
3.tumis bahan tumbuk smpai sedikit garing dan naik bau serta masukkan sos ikan sedikit.
4.susun kangkung ikut stail sendiri,taburkan garam d black pepper di atas daunnya.sementara tumisan tadi dicurah di hujungnya.
selamat menjamu selera.

masa yg berharga...

Can I Borrow RM 25?

A woman came home from work late, tired and irritated, to find her 5-year old son waiting for her at the door.

SON: 'Mummy, may I ask you a question?'

MUM: 'Yeah sure, what it is?' replied the woman.

SON: 'Mummy, how much do you make an hour?'

MUM: 'That's none of your business. Why do you ask such a thing?' the woman said angrily.

SON: 'I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?'

MUM: 'If you must know, I make RM 50 an hour.'

SON: 'Oh,' the little boy replied, with his head down.

SON: 'Mummy, may I please borrow RM 25?'

The mother was furious, 'If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I don't work hard everyday for such childish frivolities.'

The little boy quietly went to his room and shut the door.

The woman sat down and started to get even angrier about the little boy's questions. How dare he ask such questions only to get some money?

After about an hour or so, the woman had calmed down, and started to think:

Maybe there was something he really needed to buy with that RM 25 and he really didn't ask for money very often . The woman went to the door of the little boy's room and opened the door.

'Are you asleep, son?' She asked.

'No Mummy, I'm awake,' replied the boy.

'I've been thinking, maybe I was too hard on you earlier' said the woman. 'It's been a long day and I took out my aggravation on you. Here's the RM 25 you asked for.'

The little boy sat straight up, smiling. 'Oh, thank you Mummy!' he yelled. Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills.

The woman saw that the boy already had money, started to get angry again.

The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his mother.

'Why do you want more money if you already have some?' the mother grumbled.

'Because I didn't have enough, but now I do,' the little boy replied.

'Mummy, I have RM 50 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you.'

The mother was crushed. She put his arms around her little son, and she begged for his forgiveness.


It's just a short reminder to all of you working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts. Do remember to share that RM
50 worth of your time with someone you love.

If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of hours. But the family & friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives.

February 08, 2010

PENJIMATAN ELEKTRIK

Semalam,aku ada terima mail yang berkisar tentang kos penggunaan elektrik bagi beberapa barang. Bila dibelek-belek dan dihitung2,walaupun kos yang tertera itu rendah,tetapi bila dicongak2 dalam sehari dan didarab pulak selama 30 hari,maka kosnya secara automatik kita dapati ber'baloi-baloi'. Di sini ada aku paparkan kos2 tersebut yang dikira selama 1 jam..

Untuk Semenanjung, tarif yang ditetapkan oleh TNB adalah puratanya 30 sen hingga 45 sen untuk kilowatt-hour (kWh),bergantung kepada penggunaan masing2. Lebih banyak yang kita guna,lebih tinggi nilainya.

Below is a short table of common electrical appliances, and a rough estimate on how much they cost to run for every hour.
(The cost may seem low, but remember, even using 3 sen/hour means that you will be paying about RM 20 a month if you leave it on for 24 hours a day!)


Appliance Estimated cost (sen/hour)

Fluorescent lights 1 sen
Wireless Router 1 sen
ASTRO decoder + dish 2 sen
Table Fan 2 sen
Incandescent lights 3 sen
Ceiling Fan 3 sen
Computer (laptop) 5 sen
CRT (‘normal’) TV (21 inch) 3 sen
LCD TV (32 inch) 7 sen
Computer (desktop) 9 sen
Plasma TV (42 inch) 10 sen
Washing Machine 15 sen
Vaccuum Cleaner 17 sen
Electrical Clothes Iron 33 sen
Electric Hot Plate 46 sen
Air Conditioning 46 sen
Electric Water Kettle 50 sen

(minta maaf,jadual barang elektrik dan kosnya tidak dapat diedit.)

Jadi sama2 lah kita hitung congak berapa kos yang kita gunakan untuk sehari dan untuk sebulan. Kadang2 walaupun kita tidak gunakan sesuatu barang elektrik itu,tetapi suisnya tidak ditutup,ia tetap dikira. Contohnya tv,komputer,laptop dan sebagainya. Sayang rasanya duit kita mengalir begitu sahaja tanpa menggunakannya. Semoga lepas ini sama-samalah kita berjimat dan belajar daripada artikel ini.

HADAPI KERENAH ANAK DEGIL

Degil adalah tanda si kecil sudah membina identitinya sendiri, selain berasa dirinya sudah berada dalam zon selamat.

SIKAP si kecil yang degil bukan bermakna dia memberontak dan tidak memerlukan perhatian ibu bapanya.
ANAK anda enggan makan bersama apabila diajak? Kalau diminta mengemas barang permainannya, dia hanya berdiam diri atau cuba mengelak. Mungkin juga si kecil itu sengaja membuat bising apabila si adik sedang tidur atau akan lari ketika disuruh mandi.

Anda yang mempunyai anak kecil mungkin sudah biasa menghadapi situasi seperti ini. Siapa sangka dalam usia sementah itu, si comel ini sudah mula mengaplikasi soal pendirian dan kemahuannya. Percaya atau tidak, anak yang berusia tiga tahun ke atas berasa kurang bergantung pada anda. Itu adalah tanda bahawa dia sudah membina identitinya sendiri selain berasa dirinya sudah dalam zon selamat. Namun, itu bukan bermakna dia menjadi pemberontak. Berdegil adalah cara bagi anak kecil itu menunjukkan ketegasannya. Jadi, apabila dia menolak untuk bekerjasama dengan anda, dia sebenarnya cuba memberitahu, 'saya tidak sukakan peraturan mama'. Maka, apakah yang perlu anda lakukan?

Menurut jurnal Adolescent Child Specialty Services yang ditulis oleh Rebecca S. Blakeman, setiap kanak-kanak akan menunjukkan kemerdekaan diri melalui cara yang tidak sepatutnya dari semasa ke semasa. Meskipun begitu, adalah sangat penting bagi ibu bapa itu memahami situasi anak tersebut. Ibu bapa tidak harus berleter apabila tidak berasa senang dengan kelakuan anak-anak. Ia sebaliknya akan membuatkan sikap anak menjadi lebih buruk.

Beri pilihan

Jurnal Rebecca itu meminta ibu bapa cuba memahami kehendak anak mereka. Dalam situasi anda memintanya makan namun dia menjerit tidak mahu, usah dipaksa lagi. Paksaan hanya akan membuatkan dia menangis atau menunjukkan kemarahan.

Maka, cuba letakkan diri anda di tempatnya. Jika anak sibuk bermain, hampiri dia dan dakap si kecil itu sambil memberitahunya mengapa perlu makan. Itu adalah langkah pujukan psikologi. Tanpa disedari, anda sebenarnya menunjukkan bahasa tubuh dan ucapan yang membuatkan dia sedar dirinya diambil berat. Tanpa perlu memarahinya, tunjukkan betapa anda hendak ambil tahu mengapa dia tidak mahu makan.

Walau apapun yang dilakukannya, pastikan anak anda tahu bahawa semua perkara ada hadnya. Pendirian mereka mudah dilentur apabila anda menyatakan bahawa anda menyayanginya dan setiap yang disuruh itu adalah untuk kebaikannya. Memberi pilihan adalah cara terbaik untuk si anak mematuhi sesuatu peraturan. Jika dia ada masalah mengikuti sesuatu permintaan atau suruhan, fikirkan alternatif untuk mencari penyelesaiannya.

Contohnya, jika anak kecil sering 'meragam' gara-gara tidak mahu tidur dalam gelap, berikannya lampu suluh atau pasangkan lampu yang bercahaya suram. Di situ, aspek tolak ansur sudah terbina antara ibu bapa dengan si anak tersebut.

ANAK yang sudah pandai berdegil apabila disuruh makan memerlukan pendekatan psikologi yang lembut.

Orang dewasa perlu sentiasa menunjukkan sikap yang baik. Selain memberi perhatian ketika dia menunjukkan kenakalan atau kedegilan, anak kecil perlu sentiasa didekati dan dilayani semasa dia sedang dalam keadaan 'angin baik' atau mengikut kata. Beritahu anak-anak tentang apa yang betul atau tidak betul. Selalunya apabila si anak membuat kesalahan, dia pasti akan rasa bersalah. Oleh itu, jangan cepat marah. Sebaliknya, cakaplah secara baik dan terangkan kepadanya mengapa anda tidak mahu kesalahan itu diulanginya.

February 04, 2010

BLOOD TEST...

Baru2 ini aku terkena demam,batuk dan selesema yang agak teruk. Seluruh badan terasa lesu dan tidak bermaya. Pada mulanya aku hanya mengambil ubat yang memang tersedia di dalam peti sejuk. Alhamdulillah gejala penyakit itu tidak berlarutan. Namun badanku masih terasa letih dan penat. Pergerakkan jadi terbatas kerana tidak bertenaga. Dalam hati tertanya-tanya,'mungkinkah aku mengandung lagi'? Tetapi aku yakin jawapannya adalah negatif kerana baru seminggu periodku berakhir. Melihatkan keadaanku yg tidak bermaya itu memaksa suami membawa aku ke klinik. Doktor hanya mengatakan yang aku keletihan dan tidak cukup rehat. Diberinya kepadaku ubat biasa dan vitamin untuk memulihkan kembali kesihatanku. Katanya lagi kalau aku tidak sembuh selepas 2 hari aku boleh menjalani ujian darah. Ujian itu dilakukan untuk mengetahui tahap kesihatan dan punca aku berkeadaan begitu.

Alhamdulillah,selepas memakan ubat yang diberi,badanku kembali normal dan bermaya kembali. Namun aku bertekad untuk menjalani 'blood test' tersebut. Mana tahu aku ada diabetis ke atau darah tinggi atau kolestrol atau sebagainya? Jadi untuk memuaskan hati, aku kuatkan semangat dan tabahkan hati menghadapi segala kemungkinan yang ada. Dan hasil dari ujian tersebut,inilah kenyataannya..

P5900006/0210 NAJWA BINTI MIA ABDULLAH
HAEMATOLOGY EXAMINATION
Total RBC 4.6 M/cmm (M 4.5-6.0 F 4.0-5.5)
Haemoglobin (Hb) 12.9 g/dl (M 12.5-17.5 F 11.5-15.5)
Haematocrit(PCV) 39 % (M 40-50 F 37-45)
MCV 85 fl (82-98)
MCH 28 pg (27-33)
MCHC 33 % (31-35)
RDW 14.1 % (11.0 - 16.0)
Total WBC 8,200 /cmm (4,000 - 11,000 )
Differential Count
Polymorphs 66 % (50 - 70)
Lymphocytes 28 % (20 - 40)
Monocytes 4 % (2 - 6)
Eosinophils 2 % (1 - 4)
Basophils 0 % (Less than 1)
Absolute Count
Polymorphs 5412 /cmm (2000 - 7500)
Lymphocytes 2296 /cmm (1000 - 4000)
Monocytes 328 /cmm (200 - 1000)
Eosinophils 164 /cmm (20 - 600)
Basophils 0 /cmm <>
ESR (Westergren) 5 mm/hr (M 0-15 F 1-20 )
Platelet count 380,000 /cmm (150,000-400,000)
Film
RBC : Normochromic normocytic.
WBC : Morphologically normal.
Platelet : Adequate

RENAL FUNCTION TEST
Sodium 140 mmol/L (132-143)
Potassium 3.5 mmol/L (3.5-5.1)
Chloride 100 mmol/L (98-107)
Urea 21 mg/dl (Adults <50>


F 15-40)
Creatinine 0.7 mg/dl (M:0.7-1.3, F:0.6-1.1)
Uric Acid 3.8 mg/dl (M: 3.5-7.2, F: 2.6-6.0)

LIVER FUNCTION TEST
Total Protein 8.1 g/dl (6.4-8.3)
Albumin 4.2 g/dL (3.5-5.0)
Globulin 3.9 gm/dL (2.1-3.6)
A/G Ratio 1.1 (1.0-2.2)
Total Bilirubin 0.5 mg/dl (Up to 1.2)


(less than 10.0 - NB)
SGOT/AST 19 U/L (8-37)
SGPT/ALT 18 U/L (5-44)
Gamma Glutamyl Transpeptidase(GGT) 15 U/L (M 12-64; F 9-36)
Alkaline Phosphatase 74 U/L (>15 yrs : 40-150


<15>

HEPATITIS B SCREENING
HBsAg Non-Reactive
Anti-HBs Non-Reactive
Note : Non-immune, advice for vaccination.

OTHERS
Blood Glucose 83 mg/dl (Fasting <100>
Calcium 9.1 mg/dl (8.4-10.2)
Phosphorus 3.4 mg/dl (2.3-4.7)
VDRL (RPR) Non-Reactive

LIPIDS STUDIES
Total Cholesterol 159 mg/dl (<>
Triglycerides 53 mg/dl (<150)
HDL - Cholesterol 57 mg/dl (>40)
LDL - Cholesterol 91 mg/dl (Optimal <>
Total Chol/HDL-Chol 2.8 (Risk indicated if > 4.5)
Urine FEME
Urine Microscopy



Wet smear (Urine deposit ) :-

pH 7.5 Pus cells 0-1 /HPF
Protein Negative RBC Nil /HPF
Glucose Negative Casts Nil /HPF
Ketone Negative Epithelia 1-2 /HPF
Blood Negative Bacteria Nil /HPF
Colour Brown


Transparency Clear












Specific Gravity 1.005 (1.010 - 1.030)
Carcino Embryonic Antigen (CEA) 1.0 ng/mL (Up to 5 ng/ml)
Hepatitis A Virus (HAV) IgG Reactive

Namun aku perlu berbincang dengan doktor tentang kesihatanku ini. Apa yang baik dan tidak baiknya tentang keputusan ujian ini. Apa yang perlu aku lakukan dan apa yang terbaik untuk aku. Alhamdulillah,pada firasatku keadaan ku setakat ini adalah baik dan normal,tetapi ada beberapa perkara yang tidak aku fahami dan akan aku tanyakan nanti. Nantikan jawapan kepada soalan 'apa itu globulin?,apa yang kurang dalam badan ' dan sebagainya....

February 01, 2010

Bila seronok, aku cari....pasanganku
-Bila sedih, aku cari....
Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....
pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada...
.Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....
pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....
Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....
pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada
pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan
"Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat
pasanganku
-Selalu....
Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon
pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon
Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk
pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk
Mak?
-
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya........

-Tapi kalau Mak sudah tiada..........
-
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup.
mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup.....
membersihkan najis ibunya.......
-berapa ramai yang sanggup.......
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup
berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Saje nak berkongsi nukilan yg diforwardkan kepada saya bersama rakan2...harapnya kita berfikir dan mencari kelemahan diri masing2..

selamat tahun baru...

Salam...dah lama x update blog..malas betul rasanya nak menggerakkan tangan menulis sesuatu.Tahun baru pun dah sebulan berlalu. Namun azamku masih lagi yang sama,tidak berubah. Ingin memperbanyakkan amalan dan melaksanakan tugas sehabis baik dan sehabis sempurna. Insyaallah,moga diizinkan Allah...
Sepanjang tahun lalu,banyak perkara baik dan buruk yang berlaku. Banyak 'kenangan terindah" dan yang pahit berlaku,sampai tak teringat dah. Yang pastinya yang terindah semestinya kelahiran anak ke3ku..tak dapat dilupakan saat2 mengetahui kewujudannya dan saat2 kelahirannya. Walaupun detik awal pelbagai rasa berkecamuk di dalam dada,namun kasih sayang tetap termeterai kukuh untuknya..Semoga kewujudannya di muka bumi ini memberikan kemanfaatan kepada kami sekeluarga dan alam ini seadanya...amin...
Tahun lalu juga aku menerima hadiah yang amat berharga pada diriku sempena hari jadiku dari suami dan juga anak2. Walaupun hanya sekeping kad ucapan yang diberi oleh anak sulung yg baru pandai menulis,tetapi itulah tanda kasih sayangnya dan tanda ilmu yang diperolehinya telah dimanfaatkan.
Tahun ini walaupun baru sebulan berlalu, namun diharapkan akan memberikan "nur kasih" kepada kami. Semoga kasih sayang kami sekeluarga akan menjadi lebih erat. Tahun ini menyaksikan anak ke2ku melangkah kaki ke dunia ilmu. Walaupun pada mulanya pelbagai ragam terpaksa ditempuhi untuk membiasakan dirinya,akhirnya alhamdulillah segala penat lelah itu tidak lagi terasa. Semoga keselesaan ini tidak akan berakhir dan semoga tugasku sebagai ibu tidak lagi terasa berat.amin...

a happy family....

a happy family....