Search This Blog

November 08, 2009

Nak kaya cepat?

Baru2 ini suami ada menunjukkan minat barunya, iaitu bermain forex (saham matawang). Pada mulanya aku sebagai isteri tidak menggalakkan dia,tapi bila mendengar penjelasannya aku terpaksa merelakannya walaupun terpaksa. Aku cuba mempertikaikan kehalalan forex itu,namun katanya dia telah menyelidiki dari segenap sudut. Begitu lah dia,kalau mahu melakukan sesuatu yang baru,dia pasti akan mengambil kira bab halal atau tidak.Balik dari kerja, aku akan terpaksa mendengar celotehnya tentang keuntungannya untuk hari itu. Walaupun aku 'kurang' berminat pada mulanya,tapi demi mengambil hatinya,maka aku tadahkan juga telingaku.Dalam hatiku,biarlah dia menceritakan keseronokannya. Setelah 3 hari dia bermain, dia menceritakan bahawa modalnya telah berjaya diraih kembali.

Alhamdulillah kataku.Namun aku masih cuba menasihatinya agar tidak terlalu ghairah dalam bidang ini kerana risikonya terlalu tinggi. Kita memang boleh meraih untung dalam beberapa saat sahaja,tetapi tidak mustahil juga kita akan menjadi muflis juga dalam beberapa saat.

Dan kata-kataku ini memang menjadi kenyataan. Setelah berjaya meraih modal kembali, suamiku menceritakan bahawa dia telah kehilangan semuanya,tetapi alhamdulillah,dia sempat mengeluarkan modal itu sebelum kesilapan tersebut terjadi. Kali ini dia masih ingin meneruskan perjuangannya kerana katanya dia ingin belajar dari kesilapan. Aku akan sentiasa memberi galakan kepadanya kerana ingin dia merealisasikan pelbagai impiannya kerana aku tahu bahawa segala impiannya itu adalah kerana dan untuk keluarga. Dan aku akan sentiasa berdoa untuk segala rezeki yang diperolehinya itu akan beroleh keberkatan. Semoga apa yang terjadi ini akan memberi pengajaran dan pedoman kepada kami berdua supaya lebih berhati2 dan bermusabah diri atas kesilapan lalu....amin...

No comments:

Post a Comment

a happy family....

a happy family....