Search This Blog

November 05, 2009

Musim percutian kembali tiba...

Alhamdulillah,anak sulungku telah selamat menduduki peperiksaan semester kedua peringkat kindergartennya. Mendengarkan peperiksaan hati ibu ini yang kelam-kabut. Berbuih mulut menyuruhnya membelek buku,namun feelnya benar2 membuat aku hilang sabar.Terfikir juga aku,terlalu mendesakkah kita sebagai ibubapa dalam menjadikan anak2 berjaya?Tetapi ini adalah tuntutan kehidupan yang serba maju sekarang ini. Hati kita takut benar anak2 akan ketinggalan dlm mengejar arus kemodenan ini.

Ketika berjumpa dengan puan pengetua Graceland Kindergarten awal bulan lalu,beliau ada mengatakan yang kali ini mereka tidak akan memaklumkan lebih awal tentang jadual peperiksaan. Alasannya tidak mahu ibubapa terlalu memaksa anak2 menelaah pelajaran. Terdetik di hatiku,para ibubapa yang sebenarnya terlalu berlumba-lumba mahukan anak2 pandai dan berjaya. Sedangkan anak2 yang masih kecil dan leka dengan dunia permainan dan kartunnya itu langsung masih belum menyedari keperluan pelajaran kepada mereka. Bagi mereka tidak ada salah dan kepentingannya jika mereka tidak mendapat nombor di dalam kelas mereka. Apalah sangat nombor itu jika dibandingkan dengan keseronokan pada malam/hari upacara penyampaian hadiah yang akan diadakan. Masing2 begitu teruja untuk membuat latihan persembahan.

No comments:

Post a Comment

a happy family....

a happy family....