Search This Blog

June 27, 2009

sarapan roti sosej


Pagi ini timbul idea aku untuk menyediakan sarapan ringkas dan menjadi kegemaran anak2 daraku.Roti yang dimasukkan sosej di dalamnya,ala-ala roti sosej (or roti john kot)yang dijual di gerai2.Roti itu aku bakar selama lebih kurang 6 minit, manakala sosej pula aku goreng dengan sedikit minyak zaitun menggunakan drypan.Kemudian aku tabur pula sedikit garam bukit dan secubit lada hitam untuk memberikan rasa.
Namun rasanya ada jugak yang kurangnya,iaitu sayur spt salad dan timun.Tetapi yang pastinya sarapanku ini laku pada sosejnya.Akhirnya tinggal rotinya sahaja,sudah tidak cukup syarat.Walaubagaimana pun, semoga sarapan pagi ini memberikan kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga.

2 comments:

  1. my sons like it too...simple bfast for those yg malas nk masak berat2,terutama kalau lambat bangun pagi..hehe

    luqman siap bawak bekal ke sekolah.part sayur semua tak mau...just plain hotdog with chilli sauce,mayo or any dressing

    huhu lapar pulak kan..

    ReplyDelete
  2. btul tu..simple brdfast,easy n fast..

    ReplyDelete

a happy family....

a happy family....