Search This Blog

December 08, 2009

Selamat Hari Lahir Suamiku....

Alhamdulillah,syukur kepada Tuhan kerana memberikan kesempatan kepadaku untuk mengucap dan meraikan Hari Lahir suamiku sekali lagi. Hari lahirnya pada tahun ini jatuh pada hari sabtu bersamaan 5 Disember. Walaupun begitu dia terpaksa bekerja pada malam hari lahirnya. Namun aku tetap memberikan ucapan dengan menelefon ke tempat kerjanya pada jam 12 tengah malam.
Aku memang sudah teringatkan hari lahirnya sejak beberapa hari,namun pada hari sebelum hari lahirnya barulah aku tiba-tiba teringat yang esok adalah hari istimewanya. Syukurlah aku tidak terlepas hari itu.

Seperti biasa,aku akan merancang untuk menyambutnya,namun memandangkan aku masih berada di kampung ketika itu,maka aku menangguhkannya sehingga kami pulang ke rumah.Insyaallah,aku akan tetap meraikan setiap hari istimewa suami dan anak2ku sedaya upayaku walaupun cukup hanya dengan sekeping kek harijadi...

No comments:

Post a Comment

a happy family....

a happy family....